Pilihanraya kecil Kuala Terengganu dah lama berlalu. Keputusanpun dah tahu. PAS menang. Maknanya UMNO kalah. Tak tahu nak cakap atau komen apa-apa, melainkan mengakui bahawa pembangkang - Pakatan Rakyat sedang menikmati sokongan yang kuat daripada pengundi. Malah kepincangan kepimpinan pembangkang di negeri-negeri yang dikuasainya (seperti yang digembar-gemburkan oleh media arus perdana) sedikitpun tidak mempengaruhi fikiran para pengundi Kuala Terengganu. Malah pengundi KT seperti tidak menghiraukan kemungkinan kuasa dan ketuanan Melayu yang kemungkinan terhakis sekiranya mengundi pembangkang. Ini bermakna para pengundi masih ada mesej yang hendak disampaikan kepada para pemimpin BN khususnya kepada kepimpinan UMNO. Mula saat ini, para pemimpin UMNO harus mengambil kira suara rakyat. Rakyat dah muak dan jemu dipaksa mengundi calon yang tidak popular di kalangan pengundi setempat. Pada masa hadapan, para pemimpin khususnya Presiden parti harus pasang telinga, buka mata dan berfikiran
Catatan dan perkongsian maklumat mengenai pelancongan,politik, tip dan masakan. Cerita berkaitan pemimpin negara dan dunia. Pelancongan di Malaysia dan seantero dunia. Tip dan petua serta resepi masakan yang sedap dicuba