Tiba-tiba terfikir: Mampukah PKR gagah tanpa Anwar Ibrahim? Bukan mendahului takdir atau ketentuan Allah terhadap Anwar Ibrahim, tapi berdasarkan pemerhatian dan penelitian yang berkisar melalui perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, hujahan dan terjahan pihak pendakwaraya, berserta bukti-bukti yang ditunjukkan di makhamah, serta tindakan Anwar Ibrahim yang menolak keterangan bersumpah dan memilih untuk memberi keterangan dari kandang, jelas memberi gambaran ke mana arah kes ini pergi. Anwar bakal ke penjara!! Persoalannya, kalau Anwar masuk penjara, dan meninggalkan Wan Azizah, Azmin Ali dan Nurul Izzah meneraju PKR, mampukah PKR berdepan dengan BN yang pada pemerhatian ketika ini jelas sedang kembali ke puncak. Malah keyakinan bahawa BN berada di landasan yang betul dan mampu terus berkuasa dikongsi sama oleh Tun Dr. Mahathir. Apa pula isu atau cubaan pasukan Wan Azizah dalam PKR yang semakin ditinggalkan oleh rakan-rakan Anwar Ibrahim sebelum ini? Apa lagi cerita yang bakal dijaja kal
Catatan dan perkongsian maklumat mengenai pelancongan,politik, tip dan masakan. Cerita berkaitan pemimpin negara dan dunia. Pelancongan di Malaysia dan seantero dunia. Tip dan petua serta resepi masakan yang sedap dicuba