Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

PAS Meroyan sehingga sanggup belakangkan Islam

Pemimpin tertinggi PAS mesti Islam WARTAWAN SINAR HARIAN 1 Mac 2012 SHAH ALAM – Pas tetap mengutamakan mereka yang beragama Islam memegang jawatan tertinggi dalam parti dan keputusan melantik bukan Islam sebagai timbalan presiden atau setiausaha agungnya mustahil dilaksanakan. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, melantik bukan Islam mengisi jawatan itu memerlukan pindaan perlembagaan dan persetujuan sepenuhnya daripada muktamar. “Jika (Ahli Jawatankuasa Pas Pusat) Dr Dzulkefly Ahmad mengesyorkan untuk membuka pintu membolehkan bukan Islam dilantik ke jawatan timbalan presiden, saya rasa itu hanya pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan dasar parti. Ia bukan keputusan Pas. “Pas tidak pernah berbincang mengenainya. Ia bukan perkara mudah kerana memerlukan suara majoriti dan mereka perlu bersetuju serta menerima keputusan untuk membuka jawatan itu kepada bukan Islam,” katanya. Katanya, orang bukan Islam perlu memeluk Islam dan menjadi ahli Pas sebelum bo

Fitnah Pembangkang melangkaui batasan logik

Kita semakin tidak faham dengan karenah dan tingkah pembangkang. Sesuka hati mencipta sesuatu dokumen dan berani pula mengatakan bahawa dokumen tersebut adalah dokumen sah. Bukan dokumen palsu. Apa yang penting bagi pembangkang melalui bloger-blogernya ialah meraih sokongan daripada rakyat. Menghalalkan apa cara sekalipun demi memastikan cita-cita untuk menyingkirkan Barisan Nasional berjaya. Tanpa mengambil kira maruah dan integriti, mereka menyebarkan fitnah dan mencipta maklumat untuk mengelirukan rakyat. Kalau ikut undang-undang, bloger dan mereka yang terlibat menerbit dan menyebar fitnah ini boleh diheret ke makhmah dan dijatuhkan hukuman setimpal. Namun kerajaan tidak mengambil pendekatan tersebut sebaliknya menjawab dengan berhemah. Kerajaan memberi jawapan dengan bukti-bukti yang langsung membunuh fitnah yang disebar. Imej surat dalam entri saya kali ini adalah surat palsu yang jelas bertujuan memfitnah negarawan ulung Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Mereka mendakwa Tun sewaktu m