Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Dr Musdah kata hubungan sejenis halal!

"Homoseksual adalah perkara semula jadi dan ia diciptakan oleh Tuhan, oleh itu ia dibolehkan dalam agama." Asia Foundation, sebuah dana tajaan Amerika Syarikat (AS) yang sering mendukung gagasan liberalisme, terus menghebahkan idea liberalnya itu. Malah, Dr. musdah kemudian muncul bersama para penulis buku Fiqh Lintas Agama yang membawa idea bercanggah dengan kesepakatan jumhur ulama. Pada September 2009, Dr. Siti Musdah m uncul lagi sebagai salah seorang tokoh di Indonesia yang menyatakan sokongan supaya pelakon filem lucah Jepun, Maria Ozawa diberikan kebenaran masuk ke Indonesia bagi menjalani penggambaran sebuah filem berjudulMenculik Miyabi. Bagaimanapun, klimaks kepada pendirian liberal Dr. Musdah ialah apabila beliau mahu dihalalkan sesuatu yang sudah terang dan jelas diharamkan oleh Islam, iaitu homoseksual serta aktiviti lesbian dan gay. Keberanian Dr. Siti Musdah ini antara lainnya telah beliau nyatakan dalam sebuah perbincangan dengan aktivis-aktivis Islam Libe

Anwar sah agen Zionist Israel

Selama ini hanya pihak PKR dan Anwar saja yang cakap dakwaan mereka disertai dengan bukti. Apapun cerita dan tuduhan ke atas pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) mesti dengan dokongan kata, 'kami ada bukti!' Walaupun akhirnya bukti yang didakwa ada itu tidakpun pernah ada atau didedahkan kerana mereka memang tidak ada sebarang bukti melainkan kata-kata yang bertujuan merasuah minda audien dan rakyat. Namun begitu, bila BN buka mulut, memang mereka (pembangkang) terutama Anwar Ibrahim bukan setakat panas pungung malah pernah melarikan diri dari persidangan parlimen kerana tidak mampu menangkis hujahan dan tidak sanggup melihat bukti mengenai penipuannya sendiri. Kantoi. Bila Anwar tuduh Malaysia ada hubungan dengan Israel, ternyata dakwaan beliau tersebut adalah benar kerana, selaku pemimpin yang sentiasa melaungkan dirinya sebagai Perdana Menteri dalam penentian, memang bercita-cita untuk menjalinkan hubungan dengan Israel. Selama dalam berjuang menentang kerajaan BN, segala ge

Najib siapa berbanding Nabi Musa a.s

Nabi Musa a.s yang dipelihara oleh Firaun sejak kecilpun boleh bangkit menentang Firaun. Mereka menyamakan menentang Perdana Menteri Najib sebagai perkara lumrah dan patut dilakukan tanpa banyak fikir. Tak perlu bersikap kritis. Tentang saja Najib. Dia cuma ada jasa kecil saja. Tidak seperti jasa Firaun yang membesarkan Musa a.s. Nabi Musa, kata mereka, tak pernah melihat jasa Firaun membesarkannya. Tak pernah berterima kasih sebaliknya menentang Firaun. Inikan pula Najib yang cuma ada buat jasa atas kapasiti sebagai pemimpin negara. Peliknya, yang dengar cerita dan hujahan seperti ini, boleh termenung, garu kepala dan angguk tanda setuju. Segera datang dalam kepala mereka bahawa Najib tak bagi dia makan. Tak pelihara dia sejak kecil. Sebab itu bolehlah lawan. Boleh tentang. Boleh maki hamun dan kalau dibenarkan, boleh disakiti tubuh badannya. Sayangnya orang yang berhujah dan termakan hasutan seperti ini tidak pernah mahu berfikir seketika tentang Firaun, Najib dan Musa a.s. Kalau saj