Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

PAS: Lupakan Amy Search..

PAS nampaknya terpaksa melupakan hasrat untuk memikat Amy Search menyertai parti tersebut. Semakin ramai artis yang menyertai UMNO atau parti-parti komponen BN yang lain. Setakat ini, jumlah artis yang menyertai dan memberi sokongan kepada BN jauh mengatasi jumlah artis yang menyertai PAS.  Apa yang pasti perbezaan amat ketara antara artis yang menyertai BN dan artis yang menyertai PAS terutama dari segi tutur-kata. Artis-artis yang menyertai BN tidak perlu bersikap hipokrit menjadi seorang yang kelihatan alim dan warak. Mereka tidak perlu mengada-ngada. Tidak perlu keluar kenyataan menyinggung perasaan oraang lain. Artis dalam BN tidak perlu persoalkan keimanan dan keIslaman orang lain. Paling penting, tak perlu pakai serban dan berceramah pasal agama sehingga mengeluarkan fatwa yang menegelirukan. Baca seterusnya  KLIK SINI  

Anwar Ibrahim arah SPRM tutup kes rasuah Azmin Ali

Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim telah masuk campur dan menggunakan kuasanya ketika itu untuk tidak meneruskan dakwaan ke atas Azmin Ali. Bukti cukup dan jelas SPRM boleh mengheret Azmin ke muka pengadilan untuk menerima hukuman, tetapi Anwar ibrahim menyelamatkannya. Untuk bacaan lanjut   KLIK

Lebih Setengah juta hadir Himpunan dan Konvensyen Pakatan Rakyat (PR)

BN dilihat sedang menunjukkan otot-otot kekuatan dengan pelbagai aktiviti termasuk Himpunan Jutaan Belia. Program BN nampaknya setakat ini dilihat teratur kemas dan mencapai objektif. Kumpulan sasar berjaya didekati, dihimpun dan memberi tanggapan positif terhadap keikhlasan dan program transformasi kerajaan. Di pihak pembangkang, rantaian aktiviti yang diatur kerajaan, telah menyebabkan keresahan dan tidak tentu arah. Bagi mengimbangi BN yang semakin gah dan gagah, pembangkang terutama PKR cuba untuk menganjur program himpunan belianya sendiri bagi menunjukkan kekuatan dan kehebatan. PKR merancang himpunan dan konvensyennya sendiri di Selangor bagi menyuntik semangat kepada penyokong muda PKR bahawa mereka juga mendapat sambutan dan lebih gagah dan hebat daripada himpunan belia BN. Untuk membuktikan kehebatan tersebut baca seterusnya: http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/05/najib-perlu-gentar-521125-belia-hadir.html

Bila Saifuddin Nasution Kantoi...

Dalam satu sidang akhbar, Saifuddin Nasution dengan muka penuh yakin dan terketap-ketap bibir, menunjukkan kepada para wartawan bahawa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad ahli UMNO Kubang Bunggor. Masa tu Saifuddin kata Nombor Kad Pengenalan dan nama itu adalah Timbalan Pengerusi SPR tersebut. Sahih, katanya. Maknanya cawangan Kubang Bunggor itulah tempat yang dimaksudkan oleh Saifuddin sebagai tempat Wan Ahmad jadi ahli UMNO. Tapi penipuan Saifuddin tak kekal lama. Akhirnya dia kantoi. Penipuannya terdedah. Kerana terkejut agaknya, Saifuddin menolak untuk meminta maaf. Dia cuba berdalih. Tuntut pula Wan Ahmad bagitau cawangan mana dia jadi ahli UMNO. Aik. Tadi kata cawangan Kubang Bunggor. IC dan nombor keahlian di cawangan tersebut dirujuk dengan bangganya. Sekarang dah tak pasti. Tuntut pula supaya Datuk Wan Ahmad bagitau mana satu cawangan dia jadi ahli.Apa jadi ni Saifuddin Nasution? Itulah! Lain kali buat homeworklah sikit. Jangan main bantai saja. Sekarang dah kantoi. Kant

RCI ditubuh Siasat dan Selesai Masalah PTI Sabah

KUALA LUMPUR:  Jemaah Menteri bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah pada 8 Februari tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau berkata berikutan itu, kerajaan sudah memulakan proses bagi menyediakan terma rujukan suruhanjaya siasatan tersebut. Bagi memastikan semua masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah ini dapat diselesaikan secara komprehensif, maka terma-terma rujukan suruhanjaya itu perlulah menyeluruh dan tidak hanya terhad kepada aspek siasatan, kata Mohamed Nazri pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Paul Kong Sing Chu (BN-MCA) yang ingin tahu status terkini RCI yang menurutnya amat dinantikan di Sabah tetapi belum diumumkan sehingga kini.  Mohamed Nazri berkata RCI itu akan turut meliputi aspek keselamatan, sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Anwar Ibrahim positif HIV?

Membaca tulisan Barking Magpie dalam blognya membuatkan saya turut terkedu. Apakah benar De Facto Leader PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim benar-benar HIV positif? Sebagai rakyat biasa yang sedang memerhati perkembangan politik tanahair, berita bahawa Anwar Ibrahim postif HIV sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Anwar kena tampil membuat kenyataan dan menafikan tulisan Barking Magpie ini. Pembaca juga boleh klik  http://networkedblogs.com/xnPPq

BERSIH 3.0 Haram: Majlis Fatwa

SEPANG 6 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang hari ini, memutuskan tindakan individu yang menyertai demonstrasi haram, Bersih 3.0 di ibu negara baru-baru ini adalah haram. Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, ia kerana tindakan tersebut mempunyai niat dan menghasilkan natijah tidak baik kepada agama, bangsa dan negara. Katanya, perbuatan itu juga haram sekiranya ia mempunyai niat untuk menjatuhkan sebuah negara yang sah dari segi undang-undang. "Kita mengikut pandangan ahli sunah (ia) adalah haram, bukan saja Bersih 3 ada banyak lagi asalkan tujuannya tidak baik, hasilkan natijah tidak baik, langgar undang-undang dan sebagainya (sebaliknya) ada pilihan yang baik, maka ia berdosa. "Sebab itu muzakarah ini yang disertai oleh mufti-mufti menasihatkan umat Islam bertindak ikut pandangan Islam dan ikut akal yang rasional kerana akal yang waras tak pernah bertentangan dengan hukum agama," k

The Economist bukan Utusan turut selar Anwar Ibrahim.

Cerita BERSIH 3.0 menjadi perhatian dunia. Memang benar perhimpunan BERSIH berjaya mencuri perhatian dunia tetapi dalam perkara yang tidak menggembirakan penganjur khususnya Anwar Ibrahim dan PKR. Manakan tidak, perhimpunan yang akhirnya bertukar menjadi huru-hara tersebut mengikut media tersohor seperti The Economist menyatakan bahawa ia memberi kelebihan kepada pihak kerajaan (Perdana Menteri Najib terutamanya). Baca seterusnya di  http://networkedblogs.com/xk76J Cerita mengenai BERSIH 3.0 dalam The Economist

Saifuddin Nasution Dakwa sudah kemuka 'Bukti'..

Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution berkata telah mengemukakan 'bukti' dakwaannya bahawa  Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO Kubang Bunggor. Walaubagaimanapun, tidak diketahui dengan jelas apakah bentuk bukti yang beliau maksudkan itu. Setakat ini rakyat Malaysia masih lagi menunggu bukti tersebut. Ramai berpendapat bahawa maksud bukti yang dimaksudkan oleh Saifuddin tersebut ialah bukti di mana dirinya, sebagai antara barisan kepimpinan tertinggi PKR selalu berbohong dan sentiasa kantoi dalam banyak perkara.  DATUK WAN AHMAD WAN OMAR BUKAN AHLI UMNO Ketua Umno cawangan Kubang Bunggor, Mohd Nor Halim mengakui terkejut apabila cawangan diketuainya itu dikaitkan sebagai cawangan parti yang turut dianggotai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. “Saya kenal semua ahli Umno cawangan saya dan setahu saya, tak pernah pun Datuk Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR daftar jadi ahli di cawangan ini,” katanya. “Jadi apabila Dat

Bersih asyik KANTOI

Pihak pembangkang sebar gambar ini dengan mengatakan bahawa yang pengsan tu adalah polis yang menyamar sebagai peserta Bersih 3.0. Walau bagaimanapun pembohongan tidak mampu menyembunyikan kebenaran. Peserta tersebut memang bukan polis. Baca seterusnya http://networkedblogs.com/xb7o2  

Sindiran dan Perli Tun Dr. Mahathir

Sebelum pihak pembangkang download yang edited version of this video, baiklah kita tengok dan fahami apa yang Tun katakan. Gerenti pihak pembangkang dan mereka yang pro kepada perhimpunan BERSIH 3.0 akan kerat sana-sini temuramah ni untuk kepuasan sendiri dan tujuan berbohong dan mengelirukan rakyat. Layari    http://www.youtube.com/watch?v=30p17vREUbQ&feature=share

Siapa Di Belakang Penganjur BERSIH?

“Bersih” Soros-funded frauds seek to restore Anwar Ibrahim to power Published by  AIDC   on April 30, 2012   |   1 Comment Tony Cartalucci  - In a repeat of last summer’s protests, yellow-shirted mobs calling themselves “Bersih” have taken once again to the streets in Malaysia demanding “clean elections.” Their tactics and demands mirror similar movements that have come out into the streets in Russia and across the Middle East, and just like  in Russia  and  across the Middle East , they are entirely funded, directed by, and working for the interests of Wall Street and London. Bersih’s rank and file are responding to legitimate concerns regarding inequities that exist across Malaysia’s diverse population. Ethnic Malaysians are perceived to be receiving more benefits and upward social mobility than Malaysia’s large groups of ethnic minorities. Likewise it is perceived that Malaysia’s ruling government has an unfair advantage come election time. However, the movement’s deman