Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Haram menjatuhkan Kerajaan Islam

Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi KUALA TERENGGANU - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak. Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar. Tambah Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, hukum berkenaan jelas berpandukan sebuah hadis sahih yang menyatakan perkara tersebut. "Hadis itu ialah "sekiranya datang kepada kamu orang yang mahu memecah-belah kesatuan kamu sedangkan ketika itu kamu bersatu, maka hendaklah kamu pancung tengkuknya'' dan daripada hadis itu hukumnya jelas adalah haram menyokong kumpulan yan

MP Keluar Parti: PKR 5 - BN 2

Senarai Pemimpin PKR keluar parti: Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar, Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor, Ketua Penerangan, Ruslan Kassim, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan,. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan:  Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff, Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir, Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam, Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip, Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha, Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim, Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili, Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali, Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman, Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak, Naib Presiden, Jeffrey Kitingan, Datuk Zaid Ibrahim, Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Sela

Kesederhanaan PM Najib..

Terharu PM sudi lawat rumah WARTAWAN SINAR HARIAN 21 Julai 2012 Najib ketika berkunjung ke rumah Kamarun Helan (tiga, kanan) di Kampung Air Hitam, semalam. Turut kelihatan, Ahmad Maslan (dua, kanan). JERANTUT - “Kami sangat gembira dan terharu menerima kunjungan Perdana Menteri. Ini pengalaman berharga dalam hidup kami, ditambah turut dipilih menjadi penerima Skim Bantuan Kasih Felda. Terima kasih PM, terima kasih kerajaan.” Itu antara luahan kegembiraan pasangan penoreh getah, Kamarun Helan Jaafar Sidek, 45, dan isterinya, Asmaswati Che Wook, 40, yang terharu menerima sumbangan baik pulih rumah di bawah Skim Bantuan Kasih Felda. Lebih manis, pasangan itu turut dikunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melancarkan skim tersebut semalam. Kamarun Helan berkata, rumahnya yang usang tidak mampu dibaiki sendiri kerana pendapatannya hanya cukup untuk menyara persekolahan dan keperluan enam anaknya . Menurutnya, dia bersama isteri sama sekali tidak menyangka dip

Karpal Sing malukan Ketua Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS yang mahu sangat tunjukkan kehebatan berdebat dan mengangkat martabat PAS telah berkata bahawa Karpal Singh sudah faham hudud. Ketua Pemuda PAS mengeluarkan kenyataan itu ketika sesi DEBAT dengan Ustaz Fathul Bari....  21 July 2012  | last updated at 12:46AM Karpal slams Pas Youth head’s hudud comment By Yiswaree Palansamy KUALA LUMPUR: DAP and its ally, Pas, appeared yet to reach an understanding on the possibility of implementing hudud if they ever come to power. Yesterday, DAP chairman Karpal Singh expressed extreme displeasure upon learning that Pas Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi had suggested that he had been willing to consider such laws for the country during a political debate. “I will never compromise,” said Karpal in a telephone interview with the New Straits Times. “I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?” said the D

Giliran Latheefa Koya Pula

Semakin lambat PRU diadakan, semakin banyak kelemahan dan kepincangan dalam Pakatan Rakyat terdedah. Terbaru, Lateehfa Koya yang sentiasa menjadi perempuan barisan depan dalam memperjuangkan 'isu-isu' untuk memantapkan PR khususnya PKR dapat laba dari pembabitannya dengan parti pembangkang tersebut. Jasa-jasanya mendapat perhatian keraajaan negeri Selangor dan dijentik dengan surat tunjuk sebab oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Ouncanya hanya kerana Khalid Ibrahim tak mahu dikritik.  Inilah ketelusan yang dibanggakan oleh PR. Selamat Maju Jaya Latheefa Koya.  _______________________________________________________  PETALING JAYA, 16 Julai — Peguam lantang PKR, Latheefa Koya meletak jawatan sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi ini. Perletakan jawatan ini dipercayai akibat daripada arahan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta Latheefa (gambar) agar menghantar surat tunjuk sebab menjelaskan mengapa bel

Anwar Ibrahim: 300, 000 orang India bakal dapat IC

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan isu   300,000 kaum India tiada kad pengenalan, selesai jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya. Beliau berkata, masalah tiada kad pengenalan membabitkan kaum India  tidak harus berlaku lebih-lebih lagi selepas 54 tahun negara merdeka. “Orang India ini siapa? Mereka sahabat kita, keluarga kita, bukan pekerja asing. Mereka rakyat Malaysia yang dinafi hak. “Anak kita bersekolah sampai tingkatan 5, tiada kad pengenalan? Kalau setahun lepas merdeka, boleh maafkan, ini sudah 54 tahun,” katanya. Jawapan budak tadika kepada Anwar Ibrahim:  Tapi nak tanya pakcik Anwar Ibrahim. Siapa nak disalahkan bila rakyat atau individu tidak mempunyai kad pengenalan? Kerajaan? Negara kita bukan baru setahun merdeka. Sudah 54 tahun merdeka. Apa pasal tak daftar dengan JPN. Kenapa tidak daftar kelahiran? Kenapa selepas 54 tahun baru sibuk tanya pasal kad pengenalan? Surat beranak tidak ada, tiba2 mau kad pengenalan? Ini bermakna kalau sudah 54 tahun tida

Kerajaan PAS Sokong FGVH. Beli 500, 000 unit saham.

Kerajaan Pas Kedah melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah membeli 500,000 unit saham FGVH! Itu adalah fakta yang cuba disembunyikan dan penulis yakin ramai penyokong Pas tidak sedar hakikat ini. Adalah pelik bin ajaib, dikala hebat menentang penyenaraian FGVH, Pas secara rahsia melalui Kerajaan negeri Kedah telah membeli saham FGVH. Dalam masa sama, penyokong mereka yang buta hati, tuli terus diperkudakan agar hadir dalam himpunan oren untuk membantah penyeneraian FGVH! Seluruh negara cuba ditipu bahawa peneroka felda akan datang berdemo masa perhimpunan oren tersebut.  namun, bila hari bantahan itu tiba, masyarakat felda tidak datang. Yang datang adalah pemimpin2 dan penyokong PAS yang tidak kena-mengena dengan felda. Adalah segelintir yang mendakwa wakil peneroka felda yang diketuai oleh Alimin dan kuncu-kuncunya dalam ANAK

HIMPUNAN OREN GAGAL CAPAI MATLAMAT

Perhimpunan Oren: Agenda PAS hasut peneroka gagal Perhimpunan Oren yang didalangi oleh PAS yang dianjurkan melalui Persatuan Anak Generasi Kedua FELDA (ANAK) yang diterajui oleh AJK Pusat PAS Mazlan Aliman di Jalan Duta petang ini gagal. Laporan Harakah Daily: Memo bantah penyenaraian FGV diserah kepada Istana Negara KUALA LUMPUR:  Enam orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. (Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan Oren dari atas sebuah lori) Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk. (Mohamad Sab

Kerajaan umum jemaah RCI pantau PTI di Sabah

Kerajaan bertindak dengan menyahut seruan untuk menubuhkan RCI di Sabah.

EQ, IQ Anwar kekangan utama jadi PM

ANWAR IBRAHIM: Memang dari segi bahasanya makna ‘pandi kutty’ itu adalah anak babi tetapi maksud sebenarnya adalah bodoh. Saya tidak kata Najib tetapi sekiranya terasa, dia punya pasallah! REAKSI dan TANGGAPAN: Senyum orang yang waras dan tenang mendengar ungkapan seorang 'pemimpin berkarisma' seperti Anwar Ibrahim. Selama ini dia mempotret dirinya sebagai Perdana Menteri dalam Penantian. Dia menonjolkan dirinya sebagai orang paling layak, paling hebat dan paling bijak. Tapi dalam memilih dan menyusun kata2nya di hadapan penyokongnya sendiri menyerlahkan sifat buruk yang amat ketara. Pemarah, perengus, pemaki, penyeranah, penyumpah (Tapi diri sendiri tidak mahu bersumpah). Dengan bertindak terburu2 Anwar berjaya membantu pihak lawan mematahkan tangan dan lidahnya. Anwar Ibrahim selaku pemimpin yg berangan-angan menjadi pemimpin nombor satu negara (Perdana Menteri)bersikap dan berperangai bawah paras budak tadika.Bukan setakat bercakap kasar tetapi dengan memaki dan meny

Bumburing, Lajim malukan PKR...

Berita bersumberkan dari FMT News KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi UPKO Datuk Wilfred Mojilip Bumburing dan Ahli Parliamen Umno Bahagian Beaufort, Datuk Lajim Ukin membatalkan hasrat mereka untuk melompat keluar Barisan Nasional (BN). Para pemimpin PKR dan para pegawai penganjur majlis-majlis perjumpaan pada 15 Julai ini di Beaufort (untuk Lajim) dan di Tuaran (untuk Bumburing) telah mengesahkan bahawa rancangan untuk pengumuman rasmi mereka berdua mahu melompat keluar BN telah dibatalkan atau ‘ditunda’. Perkembangan ini telah menimbulkan seribu pertanyaan di kalangan para pemerhati. Para pemimpin atasan PKR, yang kecewa dengan perkembangan itu, nampaknya telah memberikan pelbagai alasan kenapa majlis-majlis pengumuman itu telah dibatalkan. Menurut sumber, Bumburing menyalahkan bekas Ahli Parlimen Tuaran Datuk Kalakau Untol kerana terburu-buru mengatur majlis pengumuman itu sedangkan beliau belum bersedia berbuat demikian. Kalakau, yang selama ini menjadi penyoko