Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Kerajaan Selangor Guna Duit Rakyat Bela Rafizi

Sumber dari:  http://kulaanniring.blogspot.com/2012/08/khalid-ibrahim-ghairah-selamatkan.html Khalid Ibrahim Ghairah Selamatkan Rafizi Guna Wang Rakyat Selangor... Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor menasihatkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak terlalu ghairah menyelamatkan Rafizi Ramli dalam menyelesaikan masalahnya, dengan menggunakan wang rakyat Selangor, sebaliknya menyelesaikan dulu masalah rakyat Selangor. Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, ini bukan perkara baru untuk menyelamatkan individu yang berkepentingan dalam PKR, sebelum ini kerajaan Selangor telah diketahui umum  “menyelamatkan”  Talam Corporation dan akhirnya duit rakyat telah disalahgunakan. “Menyelamatkan Talam hingga terlebih dari harga pasaran sebanyak RM40juta, ini gimik politik Tan Sri Khalid yang sedang dilakukannya untuk melihatkan keperihatinan tapi dia terlupa rakyat sedang menderita mengangkut air seperti apa yang berlaku di Taman Putra Idaman, ini tidak pula MB

Isu Negara Kristian Bukti Pembangkang Terdesak

Facebook Kontroversi - @Khairykj Buat Pembangkang Gigit Jari Sekali Lagi!! Isu poster kontroversi kononnya disiarkan dalam FB milik Pemuda UMNO Malaysia terjawab apabila Khairy Jamaluddin membuat kenyataan menafikan FB itu adalah FB rasmi Pemuda UMNO Malaysia. MiM percaya kewujudan poster kontroversi itu disengajakan dan salah satu black op pihak pembangkang untuk memalukan parti UMNO. Tambahan pula, sesiapa sahaja boleh mendaftar nama UMNO dalam FB termasuk cybertroopers pembangkang. Dan perkara ini tidak mengejutkan kerana pembangkang memang mempunyai pasukan tersebut. Ada di antara mereka yang mempunyai lebih daripada 20 akaun FB tiap seorang! Dan tidak masuk akal jika Pemuda UMNO Malaysia sengaja mencari kontroversi sedemikian rupa. Malah, adalah lebih logik jika poster kontroversi itu dilakukan oleh pembangkang untuk mengalih pandangan rakyat terhadap pergolakan besar yang berlaku di antara PAS dan DAP. Sila baca kenyataan di bawah : SHAH ALAM - Pemuda Umno menafikan lam

Anwar minta maaf pada PM Najib kerana fitnah?

Anwar Minta Maaf Pada @NajibRazak Kerana Menfitnahnya? MKP Terkejut beruk dengan dengan perutusan hari raya dari Anwar Ibrahim meminta maaf kepada keluarga PM DS Najib Razak kerana menfitnahnya...Mungkin Anwar dah buang tabiat dan tahu akan kalah pada PRU 13....Ayat berikut membuatkan MKP sendiri terkedu;;; Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya. Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain. Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadir

Artis jangan diperalatkan: Akhil Hayy

Akhil Hayy KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas  Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab. Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana  ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing. "Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti.  Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat. "Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan  berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka. "Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaa