Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Majoriti BN meningkat di PRK Besut

Wednesday, July 24, 2013 KEPUTUSAN PENUH PRK KUALA BESUT ! Seperti yang dijangka, BN akan menang di PRK Kuala Besut dengan kelebihan lebih 2000 undi. Lihat Keputusan penuh di bawah : Pulau perhentian - BN 454 / PAS 179 Maj. 275  Seberang barat - BN 805 / PAS 452. Maj.353  Kg. Nail - BN 822 / PAS 523  Maj. 299  Seb. Barat luar - BN 1590 / PAS 821  Maj. 769  Tok saboh - BN 1534 / PAS 959 maj. 575  Kg. Nangka - BN 524 / PAS 510  maj. 14  Kg. Baru - BN 1006 / PAS 979  maj. 27  Bkt. Puteri - BN 967 / PAS 946  maj. 21  Undi awal - BN 582 / PAS 319  maj. 263  Undi pos - BN 9 / PAS 0  maj. 9  BN MENANG dengan MAJORITI 2605 UNDI ! Ada juga yang melaporkan keputusan Tidak Rasmi, BN Menang Dengan Majoriti 2583 Jumlah mengikut pengiraan undi : BN = 8279 PAS = 5696 Majoriti yg dimenangi oleh BN 2583  Sumber daripada MiM

Anwar Mula Berpeluh Sejuk - Rayuan Kes Liwat Saiful

WAYANG TERBARU ANWAR ! DENDAM KESUMAT @NAJIBRAZAK & PEGUAM NEGARA ! Sebelum ini, pelantikan Peguam Kanan, DS Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat Anwar Ibrahim sengaja diburuk-burukkan kononnya bermotif politik. Kononnya peguam itu adalah peguam UMNO dan sebagainya. Penglabelan terhadap peguam Muhammad Shafee itu telah dibidas oleh beliau : "Apa motif politik? Saya bukan ahli politik. Ramai tidak tahu tetapi saya bukan ahli mana-mana parti politik. Saya rasa terhina dengan dakwaan mengenai pelantikan saya bagi tujuan politik," katanya. Beliau yakin pelantikannya itu tiada konflik kepentingan bagi pihak pendakwa raya.  Shafee juga menolak dakwaan menerima bayaran tinggi bagi mengendalikan perbicaraan itu, sebaliknya menyifatkan bayarannya 'cukup rendah' berikutan ia kontrak kerajaan.  "Saya akan melakukannya walaupun tiada emolumen (bayaran). Saya anggap ini perkhidmatan awam," katanya