Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Sumber PKR nyata palsu belaka

Raja Petra kalah saman diarah bayar RM300,000 kepada Shafee Abdullah KUALA LUMPUR: Raja Petra Kamaruddin (gambar) diarah membayar RM300,000 kepada peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah kerana memfitnahnya dalam tiga artikel dalam blog Malaysia Today pada 2008 lapor  The Malaysian Insider. Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Farah Hana Hashim turut mengarahkan jumlah itu dibayar pada kadar lima peratus faedah dari tarikh penghakiman didaftar. Peguam yang mewakili Muhammad Shafee, S Ravindran, berkata artikel itu merosakkan reputasi kliennya sebagai seorang peguam. Pada Februari 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Raja Petra melalui tiga artikel dalam laman web itu memfitnah peguam berkenaan. Mahkamah mendapati perkataan dan komentar pengunjung terhadap artikel berkenaan, adalah fitnah. Raja Petra juga diarah membayat Muhammad Shafee kos perundangan RM5,000. Muhammad Shafee memfail saman fitnah terhadap Raja Petra pada Ogos 2008 berik