Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

The Malaysian Insider Mohon Maaf Pada Mukhriz

KUALA LUMPUR - Portal berita, Malaysian Insider mohon maaf dan menarik balik artikel yang mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir terbabit dalam politik wang dalam persaingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO. Dalam posting beritanya kira-kira jam 10 pagi ini, portal berita itu memaparkan permohonan maaf berhubung artikel bahasa Inggeri bertajuk   "Mukhriz raises the stakes in VP race with 1.2 million SMS blast plus 'windfall' for party branches - sources" dan artikel Bahasa Malaysia, "Jentera kempen Mukhriz agresif, 'hujan emas' dijangka turun bermula lewat malam". Pagi ini ketika tiba di mesyuarat perwakilan UMNO Jerlun, Kedah, Mukhriz berkata beliau memberi masa sehingga jam 10 pagi ini agar Malaysia Insider memohon maaf atau berdepan tindakan saman.   Malaysia Insider berkata, laporan itu tidak tepat dan ia sudah dikeluarkan dari laman berita itu. KLIK DI SINI