Anwar didesak jawab tuduhan KUALA LUMPUR 26 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menjawab tuduhan mengatakan beliau telah mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya membeli syarikat konsesi air, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) pada harga RM2.5 bilion berbanding tawaran asal sebanyak RM250 juta. Ketua Pemuda Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Norizwan Mohamed berkata, Anwar perlu memberi penjelasan kerana tindakan tersebut adalah satu cubaan rasuah dan pecah amanah menggunakan duit rakyat dalam jumlah yang sangat besar. Norizwan berkata, terdapat beberapa dakwaan yang turut mengaitkan keengganan Abdul Khalid memenuhi permintaan itu menyebabkan desakan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk beliau berundur daripada jawatannya dan digantikan dengan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail semakin kuat. "Sebagai penyokong, kami mahu bersangka baik tetapi dakw
Catatan dan perkongsian maklumat mengenai pelancongan,politik, tip dan masakan. Cerita berkaitan pemimpin negara dan dunia. Pelancongan di Malaysia dan seantero dunia. Tip dan petua serta resepi masakan yang sedap dicuba