Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Politik perlu waras..

KEMBALIKAN POLITIK WARAS KITA* Norizan Sharif, Penganalisis Politik 1. Malaysia ada banyak kelebihan berbanding Amerika Syarikat. 2. Infrastruktur Malaysia bertaraf dunia. Sekiranya dibandingkan jalanraya Malaysia dengan di sesetengah tempat di Amerika Syarikat termasuklah New York City, Malaysia menang awal-awal lagi. 3. Sekolah dan universiti kita hampir percuma. Sewaktu membuat Masters dulu, saya hanya membayar RM1,000 satu semester. Saya percaya Tan Sri Dr Noorul Ainur boleh mengesahkan kadar yuran ini. Boleh google kalau nak tahu berapa kos nak buat Masters di Amerika Syarikat. 4. Begitu juga dengan penjagaan kesihatan. Hospital dan klinik kita mengenakan caj beberapa ringgit saja. Malah, rawatan di hospital swasta pun tidaklah mahal. Di Amerika Syarikat, tinggi melangit. Apabila anak saya terhiris jari telunjuk beberapa minggu lalu, kos beberapa jahitan mencecah US$1,000. 5. Apa yang kita kurang ialah sikap rakyat. Saya tak tahu samada kita tak tahu bersyukur dengan ni

Pembangkang kantoi buat auta..

Ekonomi Malaysia telah bertambah baik sejak beberapa ketika dan ini tidak berlaku semalaman. Ekonomi Malaysia bertambah baik berikutan urus tadbir dan polisi yang baik oleh Kerajaan sejak beberapa tahun ini. Ekonomi adalah isu global dan bukan hanya sahaja Malaysia. Malah di Timur Tengah, harga petrol telah meningkat dan GST sedang dilaksanakan. Semua negara menangani isu ini dan tiada negara terkecuali. Bagaimanapun, kita tidak memerlukan pembohongan yang berlanjutan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kita perlu realistik dan tidak memberikan maklumat yang tidak tepat kepada rakyat. Tidak ada sebab munasabah sebenarnya, pihak pembangkang cuba mengambil kredit daripada perkembangan positif ekonomi negara. Malah bagi yang masih berfikiran waras, boleh berfikir betapa mengarutnya cerita tidak pasti, seperti bakal PM adalah si polan, si polan boleh mengubah begitu sahaja keadaan ekonomi. Secara drastik pula tu. Hairan bin ajaib, berita pertukaran PM kpd seorang individu yg sedang b
Rafizi Bohong Lagi – Kadar Bunga Bon Kerajaan Sekarang 3.85% Berbanding Zaman Mahathir-Anwar 5.5 – 7.0% Posted on Sunday, January 14, 2018 -01-14 10:31:40' Rafizi kata kadar bunga bon kerajaan kisini ebih tinggi berbanding dgn zaman Mahathir-Anwar kerana pelabur tidak yakin pada kerajaan Najib. Dia kata kalau Pakatan menang, kadar bunga dan bayaran kerajaan untuk bayar bunga hutang akan lebih rendah. Wang ini boleh digunakan untuk menampung pemansuhan GST. INI SALAH! Kadar bunga bon kerajaan zaman Mahathir-Anwar adalah jauh lebih tinggi (5.5% hingga 7%) berbanding sekarang (3.85%). Rafizi, are you economist gagal or penipu tegar? Rujukan:  Baca di sini
Dasar-dasar BN tambah peluang pekerjaan, naikkan pendapatan KUALA LUMPUR 12 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi beberapa program pembangunan dan dasar-dasar Barisan Nasional (BN) yang berjaya memberi manfaat kepada rakyat dari segi penciptaan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan termasuklah golongan peniaga mikro. Beberapa maklumat itu dimuat naik di blog najibrazak.com serta akaun Facebook dan Twitter beliau, yang menunjukkan jumlah peluang pekerjaan, nilai pendapatan yang berjaya ditingkatkan serta impak serta dasar-dasar yang memberi manfaat kepada penduduk di luar bandar, Sabah dan Sarawak. Najib dalam muat naik itu turut berkongsi kejayaan Sharifah Dun yang pada awalnya menempuh kehidupan sukar akibat kegawatan ekonomi dan suaminya kehilangan pekerjaan, tetapi bangkit sebagai pengusaha perniagaan nasi lemak berpendapatan lebih RM1,000 sehari hasil bantuan serta inisiatif kerajaan. “Daripada cuma RM70 di tangan, kini

Program kerajaan bantu berjaya

Najib Kongsi Kisah Kejayaan Seorang Wanita Tarikh kemaskini: 12/01/2018 KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi mengenai mengenai kisah seorang wanita yang berjaya dalam perniagaannya selepas mendapat bantuan daripada kerajaan. Wanita berkenaan, Sharifah Dun hilang punca pendapatan apabila suaminya hilang pekerjaan di kilang ketika kegawatan ekonomi sehingga rumah mereka dilelong dan keretanya ditarik. "Tetapi saya tidak mengalah, dengan hanya RM70 dalam poket, bantuan beras dan makanan dari Baitulmal, saya guna sebagai modal berniaga kecil-kecilan nasi lemak di stesen LRT Wangsa Maju. "Dua bulan saya kumpul duit sedikit demi sedikit, cukuplah untuk sewa tapak berniaga di kaki lima sebuah restoran di Kuala Lumpur. Kemudian saya mohon bantuan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) dan 1AZAM. "Dari situ dapatlah saya sewa kedai, beli peralatan dapur dan menggaji pekerja," kata wanita itu dan i
'The 3 Stooges' politik Malaysia dari kaca mata MCA Kenyataan Media   |    Januari 11, 2018 12:52 MYT Kenyataan Media Ketua Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker: The 3 Stooges adalah kumpulan lawak dan vaudeville yang popular di Amerika Syarikat pertengahan abad ke-20 yang terkenal dengan gaya komedi slapstick yang brutal dan ekstrim. Ketiga-tiga mereka mempunyai perwatakan yang berbeda sekali dan suka hina menghina dan mengaibkan satu sama lain. Moe bersikap dominan, brutal dan super ego. Moe suka mencaci-cela kedua Larry dan Curly. Dia kerap menampar dan menuding jari ke arah mata (eye-poke) kedua-dua Larry dan Curly yang akan menghalang dengan tangan (hand block) secara spontan. Kekadang kedua-dua Larry dan Curly dicederai tetapi Moe selain daripada dicaci-cela tidak pula dicederai langsung. Dari segi ego, Moe bolehlah dikatakan mempunyai super-ego diikuti oleh Larry dan kemudiannya Curly. Moe jugalah yang paling kejam dan ganas . Di antara mereka bertiga
MINDA : Pembangkang Pencetus Sebenar Kenaikan Kos Sara Hidup ? January 11, 2018 Oleh Kaki Bedal Mengata dulang paku serpih. Mengata orang mereka yang lebih. Inilah kesimpulan daripada artikel nukilan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Isham Jalil baru-baru ini mengenai dasar percukaian kerajaan negeri Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang. Artikel jelas mendedahkan kepada umum bagaimana dasar cukai berkaitan hartanah kerajaan negeri Pakatan memberi kesan kepada penduduk khususnya mereka yang membeli atau memiliki rumah. Ini ibarat peluru yang menghancurkan dakwaan demi dakwaan pembangkang bahawa GST atau polisi kerajaan tertentu menyebabkan peningkatan kos sara hidup. Beliau mendedahkan bagaimana kadar cukai berkaitan hartanah melonjak mulai 2008 hinggalah haru ini di kedua-dua negeri apabila Pakatan mengambil alih pentadbiran. Kadar cukai tinggi termasuk kos perniagaan yang meningkat menyebabkan harga barangan meningkat termasuk kediam
Perdana Menteri Pun Perlu Patuhi Undang-undang - Salleh Tarikh kemaskini: 10/01/2018 KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya adalah orang pertama menunjukkan contoh yang baik dan tidak menyalahgunakan kuasa atau melanggar undang-undang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau berkata Dr Mahathir merungut beliau tidak dibenarkan untuk melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital hari ini dan Dr Mahathir perlu tahu bahawa seseorang tidak boleh tiba-tiba muncul semata-mata untuk bertemu seorang banduan kerana ada prosedur yang terlibat. "Jika tidak, beliau akan mengajar rakyat Malaysia bahawa jika anda seorang yang berkedudukan, maka anda tidak perlu mematuhi undang-undang. "Adakah Mahathir mematuhi prosedur yang sepatutnya? Malah isteri sekalipun tidak boleh melawat suami di penjara jika prosedur sepatutnya tidak dipatuhi,? kata beliau menerusi catatan dalam

Wednesday, 10 January, 2018 Dr.Mahathir Janji Takkan Hukum, Lupa Tindakan Zalimnya Sendiri

10 JAN: Tun Mahathir Mohamad sudah mula bercakap seperti Perdana Menteri meskipun belum lagi menguasai Putrajaya. Tun Mahathir dengan yakinnya berkata beliau tidak akan membalas dendam kepada pemimpin sekarang. Sebaliknya hukuman dijatuhkan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. “Kita akan hormati dan ikut pemerintahan mengikut undang-undang, bukan niat kita nak balas dendam terhadap mereka, kami akan berpegang kepada the rule of law,” ujarnya menjawab soalan netizen dalam media sosialnya. Beliau berkata demikian dalam siaran langsung Facebook berjudul Policy Talk: Kos Sara Hidup, Jalan Penyelesaian? Menegaskan perkara itu Tun mahathir turut berkata tugas kerajaan untuk menghukum individu yang didapati bersalah kerana itu adalah kuasa mahkamah. “Mereka yang salah akan dihadapkan ke mahkamah dan bukan Perdana Menteri, kerajaan tetapi mahkamah yang akan tentukan dan hukuman keatas mereka jika didapati bersalah, itu cara kami. Bukan

Parti Mat Sabu diminta patuh ketetapan

Guan Eng Beri Amaran Kepada PAN Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini, memberi amaran kepada kepemimpinan Parti Amanah Negara (PAN) supaya berhenti memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, parti serpihan PAS itu sepatutnya memberi tumpuan kepada strategi yang jelas bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU-14. “Macam mana saya nak jawab soalan ini pun saya tak tahu kerana tidak tahu soalan berpunca dari mana, cakap macam mana nak tuntut (lebih banyak kerusi untuk ditandingi). “Ini kita sudah umumkan dan itulah struktur pembahagian. Justeru, jangan cuba tokok tambah. Apa yang penting kita mara ke hadapan dengan suatu strategi jelas,” katanya pada sidang media di KOMTAR di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan ahli PAN yang menganggap berlaku pengagihan tidak adil bagi kerusi Parlimen parti itu.

Mahathir rampas perjuangan Anwar

Tahniah Mahathir Kerana Rampas Perjuangan Anwar 8 JAN: BN Johor mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad susulan berjaya merampas perjuangan Pakatan Harapan (PH). Secara menyindir, Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan Dr Mahathir sememangnya pandai dan cemerlang dalam berpolitik. “Tahniah kerana dapat ‘hijack’. Tahniah lah kerana dia pandai. Memang Tun Mahathir ‘Politic Par Excellence’. “Dia berjaya ‘hijack’ perjuangan pembangkang untuk dirinya,” katanya selepas menyempurnakan pembukaan Kedai Harga Patut imCoop Desa Mutiara di PPR Desa Mutiara di Johor Bahru hari ini. Pada Ahad, Dr Mahathir diumumkan sebagai calon Perdana Menteri PH sekiranya mereka berjaya memenangi pilihan raya umum. Tegas Khaled yang juga Menteri Besar Johor, dahulu pakatan pembangkang terutama PKR wujud kerana mahu memperjuangkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, bagaimanapun, Dr Mahathir merampas perjuangan itu. Pada masa sama, Khal

MAS makin kukuh

Sunday, 7 January, 2018 Jenama Malaysia Airlines Semakin Kukuh 7JAN: Walaupun berdepan cabaran ekonomi dan geopolitik dunia, MALAYSIA Airlines Bhd (MAB) menyasar untuk mencatatkan pulangan modal pada tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kapten Izham Ismail berkata pada ketika ini, operasi dan kewangan syarikat masih belum mencapai tahap berdaya maju apabila keuntungan bulanan dan mingguan yang diraih tidak konsisten. Kami sudah menstrukturkan semula syarikat dan tugas pertama saya adalah memastikan syarikat kekal mampan, kami masih boleh ke seluruh pelusuk dunia menerusi kerjasama bersama-sama syarikat penerbangan lain. “Kami memang sudah terkebelakang sedikit, tetapi tiada sebab untuk kami tidak berkembang selepas ini,” katanya dalam temu bual eksklusif yang disiar TV3. Jelas beliau, Malaysia Airlines kini sedang merangka strategi jangka sederhana, antaranya meningkatkan usaha sama bersama-sama syarikat penerbangan lain untuk menambah rangkaian laluannya. “Nam

Mahathir calon PM, Bersatu tanding 52 kerusi parlimen

Konvensyen PH: PKR Dapat Paling Tinggi Kerusi, Tun M Calon PM PKR bakal mendapat kerusi Parlimen paling banyak untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) manakala Dr Mahathir Mohamad akan dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH). Konsensus itu dicapai selepas pemimpin kanan PH mencapai kata sepakat pembahagian kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia malam tadi dalam rundingan yang selesai lebih kurang 8.30 malam. Sumber dari Bersatu, PKR, DAP dan Amanah memberitahu The Malaysian Insight kata sepakat itu terkandung dalam satu memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh semua pemimpin parti malam tadi. Butiran lanjut konsensus itu akan diumumkan pada Konvensyen PH di Shah Alam hari ini, kata mereka kepada The Malaysian Insight. Menurut sumber PH itu, Bersatu akan bertanding 52 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, PKR 51, DAP 35 dan Amanah 27. Dengan mengambil kira jumlah kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, PKR mendapa

DAP guna Mahathir pecahkan perpaduan Melayu

Aktivis terkenal PKR, Hishamuddin Rais dalam satu artikelnya semalam secara terbuka mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya dipergunakan oleh pembangkang. Bekas perdana menteri yang berusia 92 tahun itu dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan sebenarnya dieksploitasi pembangkang demi mendapatkan sokongan orang Melayu di kawasan kampung dan FELDA. Artikel beliau itu dipercayai ditujukan kepada penyokong PKR yang bantah Mahathir menjadi calon Perdana Menteri dengan menyebut langkah tersebut merupakan strategi pernah digunakan oleh komunis satu ketika dahulu. Ini termasuk “Mengepung Kota Dari Desa” bagi menjadikan China sebuah negara republik hingga hari ini. “Dalam  politik Malaysia kunci perubahan ialah Melayu. Tanpa Melayu sampai kiamat pun Malaysia tidak akan berubah. Justeru Pakatan Harapan wajib mendapatkan sokongan undi baharu dari Melayu.  “Justeru saya mengajukan pandangan dari awal lagi agar Mahathir dicadangkan sebagai calon Per