Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Beza pemimpin Amanah dan Umno

#ahliumnokeluarparti Apabila ahli-ahli terutama pemimpin Amanah berdepan masalah terutama berkaitan undang-undang, pemimpin dan seluruh ahli parti akan bangkit membela. Mereka bersatu dan lancarkan tabung sekiranya masalah berkaitan adalah dalam bentuk wang ringgit. Tidak ada yang melatah dan tidak ada yang tinggalkan parti. Umno? Nilai sendirilah. Berikut adalah salah satu daripada nilai kesatuan dan muafakat dalam Amanah pimpinan Mat Sabu. Pemimpin Umno pula, ketika berkuasa terlupa atau gagal fokus untuk memastikan parti terus kukuh dan relevan dalam perjuangan. Apabila kalah, pemimpin yang biasa bersulang lidah mendepani pihak lawan, seperti hilang arah dan hilang akal. Mereka bukan saja tidak sekata dan berterabur, malah mengambil sikap untuk menghentam parti dan menyalahkan pemimpin Tertinggi parti. Semua orang salah. Sistem yang diamal selama inipun dikatakan salah. Sistem ketinggalan zaman. Tidak relevan dengan suasana baru bangsa Malaysia. Apa yang menyedihkan, pe

MP Ermieyatie keluar Umno

KUALA LUMPUR 1 Julai - Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar daripada parti UMNO dengan menjadi Ahli Parlimen Bebas bermula hari ini. Menurutnya dalam satu kenyataan, tindakannya itu dibuat seikhlas hati tanpa ada mana-mana paksaan atau ancaman selain mahu menjadi pembangkang yang menegur kerajaan tanpa terikat dengan etika ahli parlimen yang mewakili sesebuah parti. Berikut kenyataan penuh beliau:- 1. Saya menyertai UMNO kerana ia adalah satu-satunya parti yang diharapkan oleh orang-orang Melayu sebagai landasan dan pentas untuk mereka berjuang membela agama bangsa dan negara secara harmoni bersama bangsa-bangsa yang lain. 2. 30 Jun 2018 adalah tarikh di mana semua ahli UMNO menentukan halatuju baru. Di sini kita dapat menilai reaksi, sentimen dan sikap sebenar ahli UMNO yang masih dalam sindrom penafian. 3. Harapan untuk melihat mereka memilih sekurang-kurangnya 70% muka baru yang berwibawa di pelbagai peringkat tidak kesampaian. 4

DS Zahid wins UMNO presidential race

KUALA LUMPUR - Acting Umno president Ahmad Zahid Hamidi was handed a resounding mandate to continue leading Malaysia’s largest party, with members sticking to the status quo at  the party's internal polls  on Saturday (June 30),  despite calls to reform the party after its shock general election defeat in May. In the three-way battle for post of president, Datuk Seri Zahid was backed by 93 of Umno’s 191 divisions as at 9.40pm, far ahead of his nearest rival and outgoing youth chief Khairy Jamaluddin who had 51 votes and veteran leader Tengku Razaleigh Hamzah who trailed with only 23 votes. “Officially, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi is the seventh Umno president. We wish him all the best in executing his duties,” the official Twitter for the party polls posted after the former party vice-president obtained an unassailable lead on Saturday night. Mr Khairy conceded defeat on Saturday, tweeting: “I accept the decision with an open heart. Insya Allah (God wiling) Umno’s ne

Kenyataan Zahid selepas dipilih Presiden UMNO 2018

KENYATAAN MEDIA YB DS Zahid Hamidi 1. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan kerana telah menunaikan tanggungjawab dengan tertib dan teratur dalam Pemilihan UMNO di seluruh negara pada hari ini. 2. Tidak ada yang kalah dalam proses ini. YB Tengku Razaleigh Hamzah dan YB Khairy Jamaluddin adalah pemimpin yang diiktiraf sumbangan mereka, dan tetap diperlukan di dalam meniupkan semula roh baharu Umno. Pelawaan saya terus terbuka untuk mereka bersama-sama kepimpinan baharu bagi menterjemahkan pembaharuan UMNO. 3. Sesungguhnya pemilihan yang lancar ini adalah manifestasi ahli UMNO yang kasihkan parti serta mahu ia terus bangkit untuk relevan dalam pentas politik tanah air. Kita sudah bergerak MERAKYATKAN UMNO. 4. Bagi yang menyokong saya, jutaan terima kasih diucapkan dan tahniah juga kepada semua calon yang mengambil bahagian dalam pemilihan ini. Inilah kebebasan yang kita akan julang selama-lamanya. 5. Inilah proses demokrasi yang dituntut oleh semua ahli, dan ki

Bila diuji kekalahan, kerajaan Melayu berterabur

Apapun alasan parti-parti komponen BN sepatutnya terus berada dalam satu wadah perjuangan. Bukan membuka langkah tinggalkan kesatuan kerana kerajaan persekutuan bukan lagi BN. Apakah ini sikap yang betul? Apa yang jelas pemimpin komponen BN menunjukkan sikap pentingkan diri dan bersahaja menyalahkan parti UMNO atas  kekalahan BN. Tidak sedikitpun mengakui kesilapan dan kelemahan parti sendiri. Benarkah tindakan mereka tersebut? Di Sarawak tidak ada UMNO namun BN yg diwakili oleh parti-parti komponen yang lain kehilangan begitu banyak kerusi kepada pembangkang. Tapi, akhirnya dengan kekalahan tersebut, mereka tinggalkan BN dan tubuhkan gabungan parti-parti tempatan. Apa yang memuakkan ialah kedengaran kenyataan pemimpin yang menyalahkan BN atas kekalahan mereka. Apapun, pelajaran daripada peristiwa ini ialah kesatuan orang Melayu mesti teguh dan tidak bergantung kepada pihak bangsa lain. Itu sahaja tonik yang mujarab bagi memastikan ketuanan Melayu di negara mereka sendiri.