Sup Bambangan Ikan Masin. Sedap dimakan panas-panas. 1 piring nasi tidak cukup kalau makan sup bambangan ni. Bagi yang tidak mengenal bambangan. Buah Bambangan (magnifera pajang) merupakan salah satu buah yang terkenal di Borneo terutamanya Sabah dan Sarawak mempuyai nama lain antaranya buah mawang, buah embang dan juga buah embawang. Mempunyai ciri-ciri persamaan dengan mangga namun mempunyai tekstur yang lebih kasar selain daripada mempunyai rasa yang masam. Kulitnya berwarna coklat dan agak tebal manakala rasanya lebih mirip kepada buah bacang. Masyarakat tempatan gemar memasak sup ikan bersama isi buah bambangan muda dan juga dijadikan sebagai jeruk. Bambangan mempunyai bau yang agak kuat. Namun rasanya tetap membuka selesa. #bambangan #ropuhanditanakwagu #sabahanfood #sabah #ikanmasin [Baca di Sini sumber Asal: Ropuhan di Tanak Wagu]
Catatan dan perkongsian maklumat mengenai pelancongan,politik, tip dan masakan. Cerita berkaitan pemimpin negara dan dunia. Pelancongan di Malaysia dan seantero dunia. Tip dan petua serta resepi masakan yang sedap dicuba