ADAKAH HIBAH MELAWAN HUKUM FARAID?
FARAID VS HIBAH: MANA LEBIH BAIK?
Seorang peguam pakar hartanah memberi komen panjang lebar tentang hibah vs faraid. Saya terpanggil untuk memberikan komen tulisannya bagi menjawab beberapa isu yg pada pandangan saya yg cetek ilmu ini , kurang tepat. Antara isu yg dibangkitkan beliau :
- HIBAH BOLEH DICABAR SEDANGKAN PINDAHMILIK LEBIH SELAMAT DAN TIDAK BOLEH DICABAR.
Tuan yang budiman , hampir semua perkara boleh dicabar di mahkamah termasuk lah hibah. Tentu tuan faham hakikat ini. Namun jika hibah itu disediakan lengkap dengan rukun & syaratnya , walaupun dicabar , penerima tetap akan mendapat hibah itu. Malah kes yg sudah dipindahmilik masa hidup pun boleh dicabar & terbatal. Jadi di mana hujah mengatakan pindahmilik 100% selamat & tak boleh dicabar ?
- ADA ORGANISASI MEMPROMOSIKAN HIBAH DAN MEMBELAKANGKAN FARAID.
Kerja seperti mempromosikan hibah dengan membelakangkan faraid ini pada saya hanya dibuat oleh individu / organisasi yang tidak faham fungsi keseluruhan pewarisan Islam.
Memang ada organisasi begini tetapi yang pastinya BUKAN Wasiyyah Shoppe Berhad atau MyPusaka.info. Kami faham dengan jelas semua ilmu berkaitan agihan pusaka yg asasnya ialah Faraid. Hibah , harta sepencarian, waqaf , amanah , harta sepencarian juga antara ilmu yg dikuasai dgn baik. Urusan berkaitan pengurusan harta pusaka di Pejabat Pesaka Kecil & Mahkamah Tinggi Sivil juga antara kekuatan kami kesemua instrumen ini bukan bersaing malah saling melengkapi antara satu sama lain.
Kami dipandu oleh panel syariah yg terdiri dari pakar pakar syarak berpengalaman dlm industri. Produk kami juga dibangunkan hasil penyelidikan intelektual oleh universiti. Penyelidikan bukan hanya bertumpu kepada kes kes yg telah diputuskan oleh mahkamah syariah malah maslahah di dalam masyarakat & bagaimana kita boleh memainkan peranan membantu masyarakat.
Bukan semua orang perlukan hibah . Atas maslahah tertentu pasangan yg tiada anak , yg ada anak perempuan sahaja , yg ada anak angkat , orang bujang yg lanjut umur ttp tiada waris , yg mempunyai struktur harta komplikated , adalah antara orang yg berkeprluan terhadap hibah. Begitu juga wasiat , bukan semua orang yg perlu
- HIBAH MELARIKAN DIRI DARI FARAID.
Jika tuan menganggap hibah melarikan diri dari faraid , maka sedekah , infaq , wasiat , waqaf malah pindahmilik / jualan juga melarikan diri dari faraid kerana perlaksanaannya akan mengurangkan atau menghabiskan terus harta pusaka sehingga tiada baki boleh diagih kepada waris. Maka Sulaiman Al Rajhi lah orang yang paling rugi dalam dunia kerana dia langsung tiada harta sedangkan dia Pengasas Al Rajhi Bank ! Semua hartanya telah diwaqafkan / diagih kepada anak sedangkan dia masih hidup!
Tuan mungkin akan berhujah 4 instrumen di atas lain kerana ia wujud dalam Al Quran. Jika ini lah hujah tuan maka tuan juga mesti TIDAK BERSETUJU DENGAN HARTA SEPENCARIAN di Malaysia kerana ayat ayat Al Quran yang qat’ie tentang harta sepencarian TIADA dalam Al Quran. Ia adalah undang2 yang dikodifikasikan dari undang undang adat Perpatih & Temenggong.
- APA ITU TAFSIRAN HARTA PUSAKA ?
Tuan yang berilmu , asas kepada perkongsian ilmu ini TIDAK BOLEH LARI dari tafsiran harta pusaka. Harta pusaka ialah harta milik simati ketika dia mati. Harta yg telah dihibahkan , diwasiatkan, diharta sepencariankan , diwaqafkan , diinfaqkan adalah terkeluar dari harta pusaka & tidak akan difaraidkan.
Tetapi siapa yg akan menentukan kesahihan hibah, wasiat, waqaf di atas ? Adakah saya atau tuan ? Pastinya ia adalah MAHKAMAH TNGGI SYARIAH .
Bagaimana pula Mahkamah Syariah mengesahkannya ? Berdasarkan undang undang Syarak , rukun rukun & pandangan Fuqaha’.
Tahukah pula kita bahawa ada ratusan kes hibah sama ada yg berdokumen atau tidak , tak dipindahmilik lagi ketika hidup ( geran masih di atas nama simati ) , dibuat oleh Wasiyyah shoppe atau peguam syarie atau individu yg telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Malaysia ?
Jika hibah ini melarikan diri dari faraid atau menganiaya waris faraid , takkanlah Para Hakim Syarie yang Arif & Bijaksana itu tidak tahu ?
Adakah kita jauh lebih tinggi ilmu di dalam hal ini berbanding yang Arif arif Hakim yg bersidang di Mahkamah syariah?
TUAN YANG BUDIMAN ,
Jika kita tidak setuju dengan hibah janganlah pula kita menafikan kewujudan , memburukkannya , menidakkan keberkesanan & fungsinya dalam membantu masyarakat kerana ia memang wujud dalam Islam & diperbincangkan panjang lebar oleh fuqaha’. Takkanlah pula kita tidak boleh menyebarkan ilmu ini kepada masyarakat sedangkan ia memang nyata & wujud. Jika kita tidak menceritakan nya maka itu baru PENGKHIANATAN ILMU kerana kita ada ilmu itu tetapi kita simpan.
Saya bagi contoh :
- Jika kita tidak setuju dengan poligamijangan kata poligami itu buruk kerana ia sunnah. Pengamal poligami itu yang tidak cukup ilmu dalam mengamalkannya.
- Jika kita nak solat terawih 8 rakaatsilakan tetapi jangan tuding jari kata orang solat 20 rakaat itu bidaah.
Jika kita lebih berilmu & yakin dengan pewarisan mengikut KTN 1965 silakan tetapi jangan burukkan hibah kerana ia salah satu bentuk pewarisan dalam Islam. Kalau kita tidak mahu menyokong jangan pula kita meruntuh!
Kedua duanya ialah undang undang yang boleh digunakan oleh masyarakat. Bagi mereka pilihan. Jika ada yang lebih suka guna kaedah sivil silakan. Jika ada yg nak pilih kaedah Islam alukan jangan ditakutkan !
Bagi pilihan kepada masyarakat.
Saya teringat cerita Dato Ahmad Tajuddin Abd Rahman, Pengarah Wasiyyah Shoppe Berhad , tentang pengalamannya menerajui Bank Islam satu ketika dulu.Pelbagai tohman & kritikan dilontar. Perbankan Islam mahal & tidak adil , menganiaya & kejam. Bank Islam terkontang kanting memperjuangkan perbankan Islam di celah celah kegagahan perbankan konvensional.
Masyarakat mengkritik perbankan konvesional lebih murah & adil. Tapi apa dibuatnya ?
Dia pekakkan telinga & terus tegar memperjuangkan perbankan Islam. Hari ini kita lihat perkembangan perbankan Islam hasil perjuangan tokoh tokoh pelopor seperti beliau. Dia pesan kepada saya , fokus & tetapkan nawaitu kerana Allah. Perkara baru seperti hibah memang akan memakan masa untuk masyarakat memahaminya. Akan ada yg tidak faham akan menghentam & menghukum. Asalkan saja apa yg kita buat mengikut Hukum Syarak , teruskan berdakwah pesannya.
TUAN YANG BUDIMAN ,
Kalau kita tak mahu sokong hibah sebagai salah satu bentuk pewarisan its ok. Tetapi jangan lah kita memburukkan & menakutkan masyarakat tentang betapa hibah tidak selamat sedangkan tuan sendiri tidak tahu selok beloknya dengan terperinci. Tuan orang yg berpengaruh. Gunalah pengaruh itu.ke arah kebaikan. Ambil masa belajar tentang hibah dari tokoh tokoh akademik , ilmuwan & hakim hakim syariah yg bijaksana.
Tuan mungkin berkemampuan mendidik anak anak tuan dengan baik supaya mereka tidak berkeinginan untuk berebut harta pusaka tuan kelak tetapi percayalah masih ramai masyarakat di luar sana yg bermasalah tentang pusaka ini. Apakah sumbangan kita utk membantu ? Jom kita bekerja bersama2 membantu. Undang undang sivil & syariah jangan dilagakan sebaliknya diharmonikan.
Niat kita sama cuma pendekatan berbeza. Banyak perkara yang boleh kita pelajari antara satu sama lain. Tidaklah saya terlebih tahu dari tuan & sebaliknya juga . Saya percaya jika kita kurangkan masa berikhtilaf & perbanyakkan usaha membantu masyarakat , ummah akan mendapat manfaatnya.
BIAR JADI PUSAKA JANGAN JADI PUAKA
Comments
Post a Comment